San Fransisco

Sesungguhnya apa yang kamu bicarakan itu penuh dusta. 
Kau kata padaku bahawa yang kau cari bukanlah kecantikan. 
Kerana aku sedar, aku tidak mampu beri cantik untuk kamu. 

Mungkin kenyamanan dan rumah yang aku tawarkan itu tidak sesuai dengan hatimu. 
Hatimu inginkan wanita secantik Dahlia, matamu hauskan wanita seindah Siti Zubaidah. 
Aku tidak pernah menyalahkan dirimu kerana itu sudah fitrah manusia; mengagungkan kecantikan. 

Semuanya indah dan membahagiakan. 
Sehingga suatu hari, kau maklumkan pada seluruh dunia bahawa kau kekasih yang paling bangga setiap kali bersama dengan dirinya. 
Duniaku menjadi kelabu, pelan-pelan berubah hitam. 

Terimbau semula setiap janji manis dan harapan yang kau curahkan dalam memori kita. 
Di mana telusnya hatimu andai ini yang kau lakukan pada aku? 

Begitu mudah kau menjemput aku dalam hidupmu, 
dan begitu mudah juga kau mengusaiku dalam duniamu. 

Terima kasih San Fransisco yang pernah suatu ketika dahulu menuntut dirimu lelaki  budiman. 

11 April 2022
11:17 pm


Comments