Solitude

Jarak itu terkadang menyeksakan juga terkadang menyenangkan

Tiada bahu untuk bersandar, hanya punya kaki sendiri untuk berpijak

Kurnia yang sentiasa menemani setiap perjalananku

Pelangi, hujan, terik mentari, sentiasa ada.


Tubuhku tidak seperti dahulu yang cergas

Terlalu banyak sunyi, maka tubuh mulai kandas

Hatiku pelan pelan berubah kelabu 

Sedikit lagi menjadi abu


Dahulu aku ingin waktu bersendirian

Kini aku mulai membina harapan 

Cukuplah seorang yang mampu mengasihi dan melindungi

Aku yakin bahawa Tuhan mendengar setiap kata hati ini


14 Jun 2022 

(11:26 pm)


Comments