Untuk menjejakkan kaki ke tahun 2021 merupakan suatu kemenangan buat kita semua. 2020 bukan tahun yang mudah buat kita, saling mencabar tetapi tetap meneguhkan. Ayuh kita meraikan setiap kemenangan kemenangan kecil tapi penuh makna yang dihadiahkan Tuhan buat kita.
Andai kita merasakan 2020 memberi kegagalan buat kita semua, percaya dan yakin bahawa 2021 masih ada untuk membuka lembaran kebaikan teristimewa buat kita.
Andai kita melalui 2020 dengan penuh gembira dan bahagia, syukurilah segala nikmat yang dikurniakan untuk menghargai segala hadiah buat masa kedepannya.
Semoga kita terus dikurniakan jalan yang disulami dengan sejuta kebaikan meski kita manusia terkadang buta dengan hikmah dan perancangan Tuhan.
Semoga setiap bisikan impian, harapan dan doa rahsia itu dikabulkan Tuhan sesuai dengan masa, tempat dan keadaannya.
31 Disember 2020
5:35 pm
Comments
Post a Comment