Mengenali diri pada waktu sebegini sungguh membebankan buat individu sekelilingku. Mereka terpaksa menghadapi hari hari duka yang lebih banyak menghadirkan diri daripada hari hari suka. Aku juga tidak selesa dengan diri ini tapi aku percaya hidup ini bukan hanya untuk bahagia. Hari hari yang melukakan akan tetap ada dan hadir meski kau masih mampu untuk mengukir senyuman.
Andai mereka menyuruh aku untuk mempelajari untuk memahami diri, itu merupakan suatu perkara yang paling sukar buat aku. Aku juga lagi berusaha untuk mengenal diri dan mencari siapa aku. Mungkin kerana pengalaman laluku yang lebih banyak sakit menjadikan aku pada hari ini. Ini bukan mudah. Bukan mudah untuk menyusun semula kaca-kaca yang pecah dan mencantumnya semula.
Aku sedang berusaha mencari diri.
Pantai Desaru
Comments
Post a Comment