Hai!
Aku rindu untuk menulis. Pasal tu lah, walaupun aku tengah struggle nak hadap final exam minggu depan, aku gigihkan juga untuk menulis.
Memandangkan semester ni semester yang terlalu mencabar untuk aku, so aku akan tulis pasal Semester 6. Aku study dekat Institut Pendidikan Guru (IPG) jadi persekitaran agak berbeza dengan kehidupan dekat universiti. Tapi, adatlah manusia yang menuntut ilmu, masing-masing ada cabaran tersendiri kan. Sebelum ni, aku nampak ramai sangat senior aku yang mengeluh, update dekat story Whatsapp betapa teruknya semester 6 ni and aku tak pernah sangka oh macamni rupanya cabaran semester 6.
Aku percaya yang setiap manusia dalam hidup ni ada liku-liku kehidupan tersendiri. Dan, liku-liku tu yang buatkan seseorang insan lebih sabar dalam kehidupan kat dunia ni. Aku kiranya dah kat penghujung Semester 6 dan aku rasa apa yang berlaku sepanjang semester ni terlalu banyak mengajar aku tentang kehidupan, persahabatan, perhubungan dan kehilangan. Jujur aku kata, semester ni semester yang banyak ditemani dengan air mata.
Teruk tak teruk semester ni, Alhamdulillah, aku dah lalu dah sem ni kan? So, apa yang aku boleh share ialah teruskan langkah. Teruskan walaupun kau tak tahu ke mana ia akan bawa kau pergi. Jangan pernah berhenti melangkah hanya kerana kau lelah.
Rehatlah seketika daripada langkah itu tanpa perlu kau hentikan pergerakan kakimu.
Hanya satu yang ingin aku ucapkan pada insan-insan yang sentiasa menghulurkan tangan pada aku, terima kasih atas kebaikan hatimu. Aku cuma mampu mendoakan agar Tuhan sentiasa kurniakan kebahagiaan dunia akhirat buat kalian.
Terima kasih Semester 6!
| Flying Lantern @ RAF Point, Kota Tinggi |
Comments
Post a Comment