Wanita yang bersimpuh di pinggir tingkap bas

Sungguh, aku asyik dengan pancaran matahari yang menemani 
Diselangi dengan kesejukan pendingin hawa yang menghala tepat ke tubuhku

Di sebelah kananku
Ada sepasang kekasih yang berkongsi rasa
Hanya melihat kepada sebuah telefon pintar
Rasa bahagia terpancar di wajah mereka

Di sebelah kiriku
Jelas terpampang keindahan Tuhan
Langit yang membiru, awan putih bergerak perlahan
Mentari yang tidak pernah jemu menghadiahkan sinar pada dunia

Memanifestasikan cinta kepada pencipta-Nya
Bertindak secara fitrah akan asalnya

Kerana itulah aku bersimpuh di pinggir tingkap bas
Agar aku mampu melihat kebahagiaan dalam sekecil-kecil perkara. 

19 April 2019
10:06 pm
Johor Bahru

Comments