Persahabatan itu sekiranya engkau inginkan sampai syurga
kasihilah dan sayangilah sahabatmu sebagaimana engkau ingin disayangi
Pasakkan di dalam minda dan hatimu bahawa sahabatmu itu masih manusia biasa
Manusia biasa yang punya perasaan.
Perasaan yang bukan hanya kau sahaja miliki, akan tetapi, sahabatmu juga miliki perasaan yang sama sepertimu.
Persahabatan itu sekiranya engkau inginkan sampai nafasmu yang terakhir
Jiwa kalian itu harus bersatu dan menyatu
Penyatuan jiwa kalian itu harusnya bermula daripada bicara hati antara dua manusia
Usah kau bilang aku tiada masa, aku terlalu sibuk
Itu hanya satu alasan yang kau cipta untuk membuatkan persahabatan itu semakin hari semakin kelam.
Persahabatan itu sekiranya engkau inginkan sehingga waktu kalian meluangkan masa bersama di sungai-sungai syurga,
Usah kau membiarkan air matanya luruh ke tanah kerana engkau yang terlalu leka
Usah kau terlalu mementingkan dirimu kerana takut untuk disakiti sehingga engkau menyakiti
Setiap detik itu, kau dan aku harus cuba semampu kita agar persahabatan itu semakin hari semakin diberkati Tuhan.
Semoga kalian menghargai nilai persahabatan yang bukan mudah untuk kita peroleh di dunia yang semakin menyakiti dan melukai.
SR
2 Ogos 2018 (12:59 am)

| Puteri Iskandar |
Comments
Post a Comment