Tatkala pokok itu mulai menghayun lembut seribu tangannya,
Kau terus berlari mematahkan tarian itu.
Tatkala burung itu mahu melebarkan sayap kelabunya,
Kau lantas menembak sayapnya sehingga menyembah ke bumi tanpa berjaya melihat keindahan dunia.
Tatkala anak muda itu mahu berdiri teguh dengan kakinya sendiri,
Apakah kau tega untuk memotong kakinya agar dia tidak bisa membangun jiwa dan impiannya?
22 Ogos 2017

Comments
Post a Comment