Manusia itu selalu saja mengharapkan balasan atas segala
kebaikan yang dilakukan,
Seringkali menghentak penuh kemarahan
apabila balasan yang diharapkan tidak diterimanya,
Ada kalanya mendengus penuh kecewa tika tiada yang menghargai segala penat dan lelahnya,
Dan kerana itulah pada titik permulaan sesebuah kisah
seorang insan,
Manusia itu seharusnya luruskan dan perbetulkan segala
niatnya
Agar tidak kecewa di kemudian hari dan
Agar pengharapan sesebuah balasan itu cuma diharapkan pada yang Maha Esa.
SR – 10 Jun 2017 (11:58 pm)
Sama-sama kita jadikan coretan ini sebagai salah satu kekuatan bagi kita untuk sentiasa mengharapkan balasan daripada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga sentiasa dianugerahkan kesihatan yang sempurna agar dapat melakukan ibadah yang diredhai-Nya, semoga sentiasa dilimpahruahkan rahmat dan kasih sayangnya agar sentiasa diberi kekuatan dalam kehidupan sehari-hari.
Jaga diri!
Sya

Comments
Post a Comment