MASJID NABAWI & MASJIDIL HARAM

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Indahnya sekiranya aku mengimbau kenangan umrah beberapa hari yang lepas. Sungguh, aku terlalu rindu akan suasana ibadahnya. Terlalu rindu dengan ketenangan yang aku rasakan semasa di kedua-dua masjid iaitu Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Rindu akan Kaabah yang tersergam indah. Aku pernah terfikir semasa aku melihat Kaabah, bahawa tiada satu pun bangunan di dalam dunia ini yang mampu menyebabkan rasa insaf, sayu, tenang, indah & bahagia muncul dalam hati aku. Mungkin pendapatku hanya valid untuk diriku kerana mungkin bagi sesetengah orang, ada tempat yang menyebabkan mereka mempunyai perasaan sebegitu. Aku terlalu rindu untuk minum air zam-zam selepas masuk ke dalam masjid. 

MASJID NABAWI


Tengahari di Pintu 15


3:30 pagi di pintu 15



Di dalam Masjid Nabawi ( Area wanita ) 


Di dalam Masjid Nabawi ( Area lelaki )
* Abanglong aku yang ambikkan gambar ni


Masjid Nabawi selepas subuh
* Langit cantik sangat kan? Subhanallah!


 

Pintu banyak-banyak tu jalan untuk masuk ke Raudhah. Petanda sekiranya kita dah masuk area Raudhah, bila kita nampak carpet hijau. Kawasan carpet hijau itulah Raudhah. Berdoalah dari hotel sebelum kita bergerak ke Masjid Nabawi agar kita dapat beribadah berlama-lama di dalam Raudhah, insyaAllah Allah akan kabulkan. Semasa ingin masuk ke dalam Raudhah, kena banyak bersabar sebab bukan kita sahaja yang ingin beribadah dan berdoa. InsyaAllah, Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. 

Setiap kali aku masuk pintu 15 di Masjid Nabawi, senyuman pasti terukir di wajahku. Allah Maha Kuasa, Allah mengizinkan aku, hamba yang tak lekang dengan dosa menjadi tetamu-Nya di tanah suci Madinah. Sungguh, aku rindu. 


MASJIDIL HARAM



Dataran Masjidil Haram 
* View dari W.C ( toilet ) lelaki


Tempat mengambil wudu' di dalam Masjidil Haram yang selesa
* Tetapi lebih elok sekiranya kita membawa botol wudu' spray kerana jarak untuk mengambil wudu dan ruang solat agak memakan masa dan sekiranya kita lambat masuk ke dalam Masjidil Haram, pintu utama untuk kita masuk ke dalam Masjidil Haram akan ditutup. Jadi, pilihan yang kami sekeluarga akan buat sekiranya pintu tersebut dah tutup, kami akan solat di bahagian bawah Masjidil Haram. 


Dataran Kaabah. Datanglah sejam atau dua jam lebih awal dari waktu solat sekiranya kita ingin solat betul-betul melihat Kaabah. 


Para pekerja di Masjidil Haram membersihkan lantai Masjidil Haram. 
* Setiap kali mereka datang untuk membersihkan kawasan, pasti riuh rendah kerana jemaah ingin lari daripada terkena air sabun. Hehe


Majlis ilmu di Masjidil Haram 
* Jangan terkeliru, ini bukannya di dalam Raudhah. Carpet di Masjidil Haram pada waktu ini juga berwarna hijau.  



Dataran Kaabah pada malam terakhir kami di Kota Mekkah sebelum melaksanakan tawaf wida'. 
* Semoga solat kami sekeluarga di Masjidil Haram pada Isyak 26 /12/ 2015, bukannya yang terakhir. 

Terlepas sedikit rindu apabila bercerita mengenai keindahan pengalaman di kedua-dua masjid yang sungguh indah ini. Semoga aku dan keluargaku menjadi tetamu-Mu yang paling istimewa lagi dalam masa terdekat ini, ya Allah. 

Assalamualaikum wbt. 

Sya

Comments